Kecintaan seseorang muslim kepada Rasulullah s.a.w berkait rapat dengan keimanannya. Jika imannya bertambah, perasaan cintanya juga akan bertambah.
Mencintai baginda merupakan ibadah. Bahkan ia sebahagian daripada kewajipan.! Hmmm...ye ke? Kata Anas bin Malik r.a, Rasulullah bersabda:
"Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mencintaiku lebih daripada ibubapanya, anaknya dan seluruh umat manusia." HR al-Bukhari & Muslim.
"Macamana ya nak mendapatkan perasaan cinta terhadap rasulullah?"..begini...
Pertama, Muhammad bin Abdullah dipilih sebagai rasul untuk menyampaikan agamaNya kepada umat manusia. Maka jika ALLAH tidak meredhainya, sudah tentu baginda tidak dijadikan sebagai mahkluk yang terpilih. Wajib mencintai orang yang paling dicintai ALLAH dan meredhai orang yang diredhaiNya, baginda adalah kekasih ALLAH yang amat mulia. Inilah peringkat cinta yang paling tinggi.!
Jundub r.a berkata dia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda 5 hari sebelum kewafatannya:
Aku berlepas diri drp ALLAH bahawa aku telah menentukan salah seorang antara kamu sebagai kekasih, sebab ALLAH telah menjadikan diriku sebagai kekasih, seperti Nabi Ibrahim dijadikan kekasihNya. Sekiranya aku dibenarkan melantik salah seorang dari umatku sebagai kekasih, maka aku akan melantik Abu Bakar sebagai kekasihku." HR Muslim(532).
Kedua, mengetahui kedudukan baginda - sebaik-baik manusia. Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Aku adalah pemimpin keturunan Adam pada hari kiamat. Aku adalah orang yang pertama yang keluar dari kubur. Aku adalah orang yang pertama yang memperolehi syafaat dan aku adalah orang pertama yang dibenarkan memberi syafaat." HR Muslim(2278).
Ketiga, kita wajib tahu Nabi s.a.w telah menghadapi pelbagai dugaan demi menyampaikan ajaran Islam kepada kita. Baginda pernah disakiti, dipukul, dicela, dimaki dan dipulaukan oleh orang yang paling hampir dengannya.
Keempat, kita mencontohi para sahabah dalam mencintai nabi s.a.w. Mereka amat mencintai baginda lebih daripada harta benda, anak dan diri sendiri. Berkata Anas bin Malik r.a:
"Semasa perang Uhud, kaum muslimin melarikan diri dan meninggalkan nabi s.a.w. Abu Talhah berdiri dihadapan nabi s.a.w dan melindungi baginda dengan perisainya. Abu Talhah merupakan seorang yang mahir memanah. Ketika itu, dua atau tiga busur anak panahnya patah. Ada seorang lelaki lalu disitu dengan membawa sarung anak panah. Lantas nabi s.a.w bersabda: Berikanlah ia kepada Abu Talhah! kemudian nabi s.a.w menjengokkan kepalanya untuk melihat keadaan manusia disitu. Abu Talhah segera berkata: Wahai Nabi ALLAH! demi kemuliaan ayah dan ibuku, janganlah engkau menjengokkan kepala! nanti engkau terkena lemparan anak panah pasukan musuh. Biarlah tengkokku yang terkena lemparan anak panah dahulu sebelum tengkokmu." HR al-Bukhari & Muslim.
Kelima, hendaklah mengikuti Sunnahnya, sama ada perkataan maupun amalan. Ingat tak tagline musim world cup?.. "hidup bola, tidur bola, makan bola". Sudah tentu Sunnah rasulullah lebih dari itu, tak bermusim, mencontohi Sunnahnya dalam seluruh aspek.
Semoga ALLAH menganugerahkan kita kecintaan kepada Rasulullah s.a.w melebihi segala yang kita miliki...
Saturday, March 28, 2009
Thursday, March 26, 2009
MAU JADI MUSLIM?..MESTI DENGAN ILMU
Siapa yang tak nak ke Syurga?..semua org nak ke syurga. Hatta yg bukan islam pun jika ditanya.."Apek, lu kalau mati mau masuk neraka ka mau masuk syurga?.."aiyaa..lu gila ka? mesti la mau masuk syurga". Malah anak-anak tadika pun tahu "syurga tu best, macam-macam ada".
Tapi cukupkah sekadar ingin ke syurga tapi main rempuh saja jalan yang mana harus diikuti untuk sampai ke sana?
Hanya satu jalan yg selamat, yg lurus. Jalan yang didoa,diminta,dibaca sekurang-kurangnya 17 kali setiap hari... Jalan itu adalah ajaran yang telah Allah wahyukan kepada Rasul-rasulNya dan Kitab-kitab yang telah diturunkan kepada mereka. Tidak ada satu pun yang dapat sampai kepadaNya tanpa melalui jalan tersebut.
Doa seorang muslim setiap hari agar diberikan petunjuk ke jalan yang lurus hanya dapat direalisasikan dengan menuntut ilmu syar'i, belajar agama yang benar berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah yang sahih menurut pemahaman para Sahabat(Salafush Shalih) dan mengamalkannya seperti pengamalan mereka kerana sesungguhnya mereka adalah orang yang mengikuti Sunnah Nabi dengan benar.
Melakukan sesuatu amalan baik (amal soleh) didalam islam mesti memenuhi dua (2) syarat:
1. Ikhlas kerana Allah
Makanya tidak amal soleh jika bersedekah agar dipuji orang, tidak amal soleh jika memakai kerudung menutup rambut kerana fesyen....
2. Menepati ajaran al-Quran dan as-Sunnah
Makanya tidak amal soleh jika mereka-reka selawat keatas nabi tidak seperti yg diajarkan Baginda, tidak amal soleh jika solat tidak seperti solat nabi, tidak juga dikatakan amal soleh menganjur tabung amal dengan berkonsert terkinja-kinja sana sini....
"Apa salahnya...itukan benda baik".... memang salah! salah! salah! Matlamat baik anda tidak semestinya menghalalkan cara anda.
"tak apa lah kita buat, tak kan Allah tak tahu niat baik kita. Nabi tak apalah buat macam tu, dia kan nabi, kita ni siapa.."
Kalau lah islam ini dianuti atas dasar sentimen "siapa-siapa rasa perbuatan dia baik, buatlah, tak pe, Allah tahu niat kita" maka apa perlunya para Rasul, yang diwahyukan kepada mereka cara mengabdikan diri, menyembah Allah sebagaimana yang Dia mahu.
Robin Hood juga niat baik, merompak orang kaya nak bantu orang miskin!! niat membantu itu baik namun caranya salah!. Niat baik mencintai Rasullullah namun berhimpun lelaki perempuan, memegang sepanduk maulid, menyanyi-nyanyi dijalanan itu salah caranya. salah! salah! salah!
"Habis tu macamana?"....Macam ini...Hayatilah, anutilah, amalilah islam dengan ILMU.
Ilmu macamana, bagaimana, dimana?...Ilmu yang Nas-nas (kata orang moden - reference) adalah.....al-Quran dan Hadith mengikut pemahaman Salafush Shalih dan para Imam yang mengikuti jejak mereka.
Kepada insan-insan yang mengada-adakan sesuatu yang baru, yang tidak ada contoh sebelumnya dari Rasulullah, ingat....!!!.. agama ini TELAH SEMPURNA. COMPLETED. WAHYU TELAH TERPUTUS DAN KENABIAN TELAH DITUTUP. Perkara dari sekecil-kecilnya seperti istinja hingga hal yang paling utama iaitu aqidah sudah disampaikan oleh Nabi SAW.
"....pada hari ini telah KUsempurnakan untukmu agamamu,dan telah KUcukupkan kepadamu nikmatKU, dan telah KUredhai Islam itu jadi agama bagimu...." (al-Maaidah:3)
Rasullullah bersabda "Barangsiapa yang mengada-adakan dalam urusan(agama) kami ini, sesuatu yang bukan bagian darinya,maka amalannya TERTOLAK" HR al-Bukhari dan Muslim, dari 'Aisyah r.a.

Maka : Jangan kamu meletakkan untung nasib kehidupan akhiratmu ditangan orang lain. Janganlah menelan "bulat-bulat" kata-kata agamawanmu yang berhujah tanpa dalil.
Carilah ilmu. Amat mudah bagi kita di zaman ini, hanya satu"click" anda dapat mencari hadith-hadith sahih Rasullullah, lalu bertanyalah pada Yang Ahli tentang tafsirnya. Alangkah mudahnya..jadilah muslim kerana ILMU bukan kerana diwarisi, dilahirkan atau dianuti buta tanpa bertanya.."BENARKAH INI DARI ISLAM, MANA HUJAH DAN DALILNYA?"...
Tidak perlu anda menunggang unta, mengembara berbulan-bulan lamanya hanya untuk sepotong Sabda......yang nilainya melebihi seluruh isi dunia..
Subscribe to:
Posts (Atom)