Saturday, March 28, 2009

Cinta?...Mari bercinta..the islamic way!!

Kecintaan seseorang muslim kepada Rasulullah s.a.w berkait rapat dengan keimanannya. Jika imannya bertambah, perasaan cintanya juga akan bertambah.


Mencintai baginda merupakan ibadah. Bahkan ia sebahagian daripada kewajipan.! Hmmm...ye ke? Kata Anas bin Malik r.a, Rasulullah bersabda:

"Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mencintaiku lebih daripada ibubapanya, anaknya dan seluruh umat manusia." HR al-Bukhari & Muslim.

"Macamana ya nak mendapatkan perasaan cinta terhadap rasulullah?"..begini...

Pertama, Muhammad bin Abdullah dipilih sebagai rasul untuk menyampaikan agamaNya kepada umat manusia. Maka jika ALLAH tidak meredhainya, sudah tentu baginda tidak dijadikan sebagai mahkluk yang terpilih. Wajib mencintai orang yang paling dicintai ALLAH dan meredhai orang yang diredhaiNya, baginda adalah kekasih ALLAH yang amat mulia. Inilah peringkat cinta yang paling tinggi.!

Jundub r.a berkata dia pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda 5 hari sebelum kewafatannya:

Aku berlepas diri drp ALLAH bahawa aku telah menentukan salah seorang antara kamu sebagai kekasih, sebab ALLAH telah menjadikan diriku sebagai kekasih, seperti Nabi Ibrahim dijadikan kekasihNya. Sekiranya aku dibenarkan melantik salah seorang dari umatku sebagai kekasih, maka aku akan melantik Abu Bakar sebagai kekasihku." HR Muslim(532).


Kedua, mengetahui kedudukan baginda - sebaik-baik manusia. Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Aku adalah pemimpin keturunan Adam pada hari kiamat. Aku adalah orang yang pertama yang keluar dari kubur. Aku adalah orang yang pertama yang memperolehi syafaat dan aku adalah orang pertama yang dibenarkan memberi syafaat." HR Muslim(2278).


Ketiga, kita wajib tahu Nabi s.a.w telah menghadapi pelbagai dugaan demi menyampaikan ajaran Islam kepada kita. Baginda pernah disakiti, dipukul, dicela, dimaki dan dipulaukan oleh orang yang paling hampir dengannya.


Keempat, kita mencontohi para sahabah dalam mencintai nabi s.a.w. Mereka amat mencintai baginda lebih daripada harta benda, anak dan diri sendiri. Berkata Anas bin Malik r.a:

"Semasa perang Uhud, kaum muslimin melarikan diri dan meninggalkan nabi s.a.w. Abu Talhah berdiri dihadapan nabi s.a.w dan melindungi baginda dengan perisainya. Abu Talhah merupakan seorang yang mahir memanah. Ketika itu, dua atau tiga busur anak panahnya patah. Ada seorang lelaki lalu disitu dengan membawa sarung anak panah. Lantas nabi s.a.w bersabda: Berikanlah ia kepada Abu Talhah! kemudian nabi s.a.w menjengokkan kepalanya untuk melihat keadaan manusia disitu. Abu Talhah segera berkata: Wahai Nabi ALLAH! demi kemuliaan ayah dan ibuku, janganlah engkau menjengokkan kepala! nanti engkau terkena lemparan anak panah pasukan musuh. Biarlah tengkokku yang terkena lemparan anak panah dahulu sebelum tengkokmu." HR al-Bukhari & Muslim.


Kelima, hendaklah mengikuti Sunnahnya, sama ada perkataan maupun amalan. Ingat tak tagline musim world cup?.. "hidup bola, tidur bola, makan bola". Sudah tentu Sunnah rasulullah lebih dari itu, tak bermusim, mencontohi Sunnahnya dalam seluruh aspek.



Semoga ALLAH menganugerahkan kita kecintaan kepada Rasulullah s.a.w melebihi segala yang kita miliki...

No comments: