1. Hadis
- Dari segi bahasa adalah berita dan perkara baru.Dari segi istilah adalah apa saja yang disandarkan kepada Rasulullah SAW dari segi perkataan, percakapan, perbuatan, sifat akhlak(peribadi) dan sifat kejadian samada sebelum maupun selepas baginda diutuskan menjadi rasul.
2. As Sunnah
- Dari segi bahasa adalah jalan atau cara hidup samada ia terpuji ataupun tercela.Dari segi istilah, ulama' hadis mengatakan ta'rifnya adalah sama dengan hadis. Lawan bagi as-Sunnah ialah al-Bid'ah.
3. Pembahagian Sunnah
- Qawliyah(percakapan)
- Fi'liyah(perbuatan)
- Taqririyah(pengakuan)
- Khalqiah(kejadian)
- Khuluqiah(akhlak)
4. Peranan Sunnah
- Menguatkan nas-nas al-Quran
- Menerangkan nas-nas yang tidak jelas maksudnya (Mujmal)
- Menentukan nas yang umum
- Membatasi nas al-Quran yang mutlak
- Menguatkan hukum-hukum yang terdapat asasnya didalam al-Quran
5. Istilah Hadis
- Sanad - Rangkaian perawi untuk sampai ke matan hadis. Perawi ialah orang-orang yang meriwayatkan sabda Nabi bermula dari zaman Sahabat, tabiin(orang yang mengambil terus dari sahabat), tabiit tabiin(orang yang mengambil terus dari tabiin) dan seterusnya.
- Matan - Lafaz-lafaz hadis yang membawa makna yang berada diakhir sanad.
Contoh: Hadis yang dipetik dari kitab Shahih al-Bukhari: "diceritakan kepada kami oleh al-Humaidi 'Abdullah bin az-Zubair, (dia) berkata, diceritakan kepada kami oleh Sufyan,(dia) berkata, diceritakan kepada kami oleh......oleh...oleh...dia berkata aku mendengar Umar bin al-Khattab berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:"sesungguhnya setiap amal tidak lain adalah berdasarkan niat...."(hingga akhir).
sanad-yang berwarna merah
matan-yang berwarna biru
- Al-Musnad - Kitab yang terkumpul didalamnya segala yang diriwayatkan oleh para sahabat r.a daripada hadis-hadis Rasulullah SAW
- Al-Musnid - Orang yang meriwayatkan hadis dengan sanadnya semata-mata samada dalam keadaan mengetahui ilmu hadis atau tidak
- Al-Muhaddis - Gelaran kepada mereka yang menguasai ilmu riwayah dan dirayah, mendalami sanad-sanad dan kecacatan sesuatu hadis, mengetahui perawi-perawi hadis dan riwayat-riwayat yang ada pada zamannya serta BENAR-BENAR melibatkan diri dalam periwayatan hadis tersebut. Menghafaz sejumlah besar dari matan hadis dengan mengambil daripada kitab-kitab sahih,faham dan mengetahui perkara-perkara yang luar biasa sehingga tahu membezakan perkara-perkara tersebut. Kedudukan al-Muhaddis adalah lebih tinggi dari al-Musnid
- Al-Hafiz - Gelaran kepada mereka yang meriwayatkan hadis dengan sanadnya sendiri. Menguasai ilmu riwayah dan dirayah dan jumlah hadis yang diketahuinya adalah lebih banyak daripada yang tidak diketahuinya. Setengah ulama' mengatakan ilmu seorang al-Hafiz meliputi sekitar 100 ribu hadis. Contoh al-Hafiz: Imam az-Zahabi, Imam al-Khatib al-Baghdadi.
- Al-Hujjah - Sama seperti maksud gelaran Al-Hafiz, ilmunya meliputi kepada 300 ribu hadis. Contoh: Imam ad-Darimi, Imam at-Tabrani dan Imam Sufyan Ibn Uyainah
- Al-Hakim - Orang yang mengetahui kebanyakan dari hadis dan apa saja yang berkaitan dari segi matan dan sanad,perawi dsbnya. Contoh: Imam Abu Daud dan Imam at-Tirmidzi
- Amirul Mukminin Dalam Hadis (Al-Imam) - Gelaran yang tertinggi dikalangan para imam-imam hadis diatas. Mereka menjadi sumber rujukan utama kepada imam-imam selepas mereka dan ilmu mereka meliputi SEMUA bab yang berkaitan dengan ilmu hadis. Antara mereka yang berhak mendapat gelaran ini ialah Imam Sufyan at-Thauri, Imam al-Bukhari, Imam Muslim dan Imam Ibn Hajar al-Asqalani
6. Pembahagian Hadis
- Shahih - Hadis yang mencukupi syarat-syarat berikut:
- Besambung sanadnya
- perawi yang dhabit(kuat dalam hafalan atau menulis hadis)
- tidak syaz
- tiada sebarang 'illah
- Dhaif(mardud) - Terdapat beberapa sebab yang menjadikan sesuatu hadis itu dhaif:
- Dhaif kerana sanadnya gugur samada seorang atau dua atau berturut-turut pada pertengahan.
- Dhaif kerana hilang syarat dhabit
- Dhaif kerana kehilangan syarat 'adalah -
- hadis Maudhu' (hadis palsu). berbohong dengan menggunakan nama Rasulullah. Ulama' hadis sepakat menyatakan haram hukumnya meriwayat hadis palsu.
- hadis munkar
- dhaif jiddan
- dhaif
7. Pembahagian hadis mengikut sandarannya
- Hadis Qudsi - Apa saja hadis yang maknanya datang dari Allah SWT samada dalam bentuk mimpi atau ilham dan lafaznya dari Nabi SAW
- Hadis Marfu' - Hadis yang disandarkan kepada Nabi samada perkataan, perbuatan mahupun pengakuan, baik yang berhubung sanadnya atau tidak
- Hadis Mauquf - Fatwa atau perkataan Sahabat sendiri yang diriwayatkan kepada kita. Juga digelar athar. Dinamakan mauquf kerana fatwa atau perkataan itu terhenti pada sahabat, tidak pada Nabi
- Hadis Maqtu' - Segala apa yang disandarkan kepada tabi'in dan tabiit tabi'in samada dalam bentuk perkataan, pekerjaan, perbuatan atau sumpamanya
No comments:
Post a Comment