A. Imam as-Syafi'i r.h
- Lahir di Gaza Palestin pada tahun 150H(767M)
- Wafat di Mesir tahun 204H(819M) dalam usia 54 tahun
B. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah r.h
- Lahir pada hari Isnin,14 rabi'ul Awwal 661H(1262M) di Harran(daerah dekat Syria)
- Wafat di penjara tahun 728H(1327M)
Beliau seorang Mujaddid yang berjuang untuk menegakkan kebenaran, berjuang untuk menegakkan al-Quran dan as-Sunnah menurut pemahaman para Sahabat R.A tetapi ahlul bid'ah dengki kepada beliau, sehingga banyak yang menuduh dan memfitnah. Beliau menjelaskan yang haq tetapi ahli bid'ah tidak senang dengan dakwahnya hingga diadukan kepada pemerintah pada masa itu, akhirnya beliau beberapa kali di penjara hingga wafatnya pun ketika dia di penjara.
C. Imam Ahmad bin Hanbal r.h
- Lahir di Turkmenistan utara Afghanisan pada tahun 164H(780M)
- Wafat di Baghdad pada 241H(855M)
D. Imam an-Nawawi r.h
- Dilahirkan pada 631H (1233M) di Hauran di Syria.
- Wafat di sisi ahli keluarga di Nawa pada 676H(1277M)
E. Imam al-Bukhari r.h
- Dilahirkan pada 14 Syawal 194H(809M) di kota Bukhara, di timur Turkestan
- Wafat pada malam Aidul fitri 256H(869M) di Khartank dekat Samarkand
F. Imam Muslim r.h
- Dilahirkan pada 202H(817M) atau 206H(821M) di Nishapur, sebuah bandar di Iran
- Wafat di pendalaman Nishapur pada 261H(875M)
Kedua-dua kitab Shahiih Bukhari dan kitab Shahiih Muslim kadang kala disebut sebagai Shahihain (bermaksud dua kitab yang sahih). Mereka juga di gelar sebagai as-Syaikhani (bermaksud dua tokoh ulama' hadis). Hadis yang diambil dari periwayatan kedua-dua tokoh ini di sebut hadis muttafaqun 'Alaihi iaitu hadis tersebut disepakati sahih oleh Imam Bukhari dan juga Imam Muslim.
G. Ibn Majah r.h
- Dilahirkan di Qazvin Parsi pada 209H(824M)
- Wafat pada tahun 273H(887M)
H. Ibn Katsir r.h
- Dilahirkan di Damsyik, Syria pada 701H(1302M)
- Wafat pada tahun 774H(1373M)
Nama beliau ialah al-Imam Abu al-fida' Ismail bin al-Khatib Ibn Katsir. Seorang ahli hadis, ahli tafsir dan ahli sejarah yang masyhur dalam abad ke-8 hijrah. Kitab tafsirnya yang terkenal berjudul Tafsir al-Quran al-'Adzim menjadi rujukan para pencinta ilmu al-Quran hingga ke hari ini, diterjemahkan kedalam pelbagai bahasa pada masa kini.
I. Abu Daud r.h
- Dilahirkan pada tahun 202H(818M)
- Wafat pada tahun 275H(889M) di Basrah, Iraq
Sebahagian Ulama'- ulama' abad ini:
Syeikh Muhammad Ibn Shalih al-Uthaimin r.h
- Dilahirkan di Madinah('Unaizah) pada tahun 1347H(1929M)
- Wafat di Hospital pakar al-Malik Faisal di Jeddah pada tahun 1421H(2000M)
Dimana sahaja beliau berada, sentiasa dikelilingi oleh orang ramai, bertanyakan kepadanya apa sahaja soalan. Beliau disukai dan diredhai oleh sesiapa sahaja yang mengenalinya. Menerima Anugerah Ijazah Kehormat al-Malik Faisal peringkat antarabangsa pada tahun 1414H(1993M).
Beliau diujiNya dengan sakit sopak(sejenis penyakit kulit). Dengan budi pemerintah Arab Saudi pada waktu itu, beliau telah diterbangkan ke Amerika Syarikat bagi mendapatkan rawatan. Diceritakan oleh saudara maranya yang terdekat, ketika sepasukan pakar perubatan Amerika Syarikat menjelaskan kepada beliau bahawa proses rawatan boleh menyebabkan keguguran rambut, beliau bertanya: "Termasuk janggut saya sekali?" mereka menjawab:"Ya". Beliau berkata:"Saya tidak suka mengadap Tuhan saya nanti tanpa janggut".
Beliau pulang semula ke negaranya lalu dimasukan di hospital al-Malik Faisal. Tidak lama selepas itu, pada hari ke-9 Ramadhan beliau bertolak ke Makkah untuk menyampaikan kuliah hariannya menggunakan mikrofon dari sebuah bilik yang khusus yang terletak di dalam kawasan Haram berhampiran dengan pintu umrah. Selepas itu beliau kembali semula ke hospital dan dimasukan ke wad rawatan rapi sehingga sampai ajalnya rahimahullah.
Kata-kata beliau yang mashyur:
"Mintalah dalil sebelum kamu menentukan dan janganlah menentukan kemudian baru meminta dalil kerana ia menyebabkan kau akan sesat."
Syeikh Abdul 'Aziz bin Baz r.h
- Dilahirkan di Riyadh pada 1330H(1909M)
- Wafat di Tha'if pada 1420H(1999M) dimakamkan di al-Adl Makkah
Muhammad Nashiruddin al-Albani r.h
- Dilahirkan pada 1332H(1914M) di Albania
- Wafat pada 1420H(2 Oktober 1999M)
Dikenali sebagai al-Albani. Lahir didalam keluarga yang miskin. Dari Albania, berpindah ke Syria. Bekerja sebagai pembaiki jam. Ayahnya bermazhab Hanafi. Beliau berselisih pendapat dengan ayahnya. Berpindah ke Jordan kemudiannya. Kitab pertama yang dikaji ialah Ihya Ulumuddin (Zainuddin al-Iraqi mengulas didalam Ihya Ulumuddin terdapat lebih 900 hadis palsu dan dhaif). Beliau seorang Mujaddid(pembaru), ahli hadis dan pelopor Sunnah abad ini. Dijemput oleh Abdul 'Aziz Ibn Baz ke Universiti Madinah sebagai pensyarah. Beliau berselisihan pendapat dengan pemerintah dalam bab - hijab, garis Hajarul Aswad dan pengurusan jenazah. Beliau kemudian balik ke Jordan. Banyak meluahkan tenaga mengkaji dan membersihkan hadis-hadis Rasulullah SAW daripada yang palsu dan yang tersangat lemah. Banyak menulis buku-buku yang membezakan antara amalan sunnah dan bid'ah.
Prof Dr. Muhammad Yusuf al-Qaradhawi
- Lahir pada 1344H(1926M) di Mesir
Berkelulusan al-Azhar. Kini bertugas sebagai Deen Syari'ah dan Islamic Studies, juga Director for Centre of Sunnah and Sirah Studies di University of Qatar. Mengarang puluhan buku dalam isu-isu Islam mutakhir dan sehingga kini buku-bukunya yang sudah diterjemahkan ke bahasa kita (Malaysia & Indonesia). Diiktiraf dunia sebagai salah seorang ulama' mutakhir yang banyak berusaha memberikan kefahaman dan menyelesaikan isu-isu dunia Islam masa kini.
Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili
- Dilahirkan di Damsyik, Syria pada 6 Mac 1932M(1350H)
Seorang ahli fiqh yang masyhur di Damsyik, Syria. Pensyarah dalam Fakulti Fiqh dan Syari'ah Islam di Universiti Islam Damsyik. Kitab Fiqh dan Perundangan Islam masyhur dijadikan sumber rujukan ajaran fiqh Islam dari sudut mahzab-mazhab yang empat. Antara karangan beliau yang lain ialah kitab tafsir al-Quran al-Tafsir al-Munir.
Seorang yang mempunyai disiplin yang tinggi dari segi waktu dan peraturan, menyebabkan beliau dapat mengarang buku-buku dengan banyak terutama diwaktu subuh yang amat diberkati ALLAH. Beliau kurang menyenangi orang-orang yang melanggar disiplin, temujanji dan melambatkan tugas.
Hasan al-Banna r.h
- Dilahirkan di Mesir pada 1323H(1906M)
- Wafat di Kaherah Mesir pada 1368H(1949M)
Seorang tokoh pergerakan dan pembaharuan Islam yang pengaruhnya dirasai oleh seluruh dunia. Bernaungkan prinsip al-Quran dan as-Sunnah, al-Banna memulakan gerakan Ikhwanul Muslimin (Persaudaraan Islam) yang antara lain berusaha untuk menghapuskan permisahan antara politik dan agama (secularism), memupuk semangat kehidupan Islam yang sebenar, menghindari perselisihan dan perpecahan umat dan memodenkan semula umat berdasarkan Islam. Perjuangannya meliputi aspek moral, sosial, pendidikan, wanita, ekonomi, sains dan politik. Walaubagaimanapun perjuangan beliau tidak lama kerana pada usia 43 tahun, nyawanya ditamatkan melalui tembusan peluru, dipercayai berpunca dari tembakan anggota perisik pemerintah.
No comments:
Post a Comment