Thursday, April 16, 2009

Zikir Penghalang Azab Kubur

Dari Ibnu Mas'ud R.A berkata, "Ada seseorang yang didatangi di kuburnya. lalu dihampirilah dari arah kedua kakinya, lalu kakinya berkata,"Tidak ada jalan bagimu(untuk menyiksanya) dari arahku, kerana dia selalu membaca surah al-Mulk untukku." Kemudian didatangilah dari arah dadanya atau perutnya, maka dada atau perutnya berkata, "Tidak ada jalan bagimu dari arahku, kerana dia selalu membaca surah al-Mulk untukku." Kemudian didatangi dari arah kepalanya, maka kepalanya berkata,"Tidak ada jalan bagimu dari arahku, kerana dia selalu membaca surah al-Mulk untukku."
Beliau berkata,"Sesungguhnya surah al-Mulk itu sebagai penghalang yang mencegah dari azab kubur. Dan surah al-Mulk juga terdapat di dalam kitab Taurat. Barangsiapa membacanya setiap malam maka sungguh ia telah memperbanyak dan memperbagusinya." - Hadis riwayat Abdurrozzaq : 3/379 dan yang lainnya , dihasankan oleh al-Albani dalam Sahih at-Targhib wat Tarhib).


Beberapa faedah dari hadis:
  1. Dalam hadis ini terdapat penetapan bahawa azab kubur benar-benar ada.
  2. Di antara penyebab yang menghalangi seseorang dari azab kubur ialah bacaan surah al-Mulk.
  3. Anjuran membaca surah al-Mulk di malam hari dan menjadikannya sebagai salah satu zikir yang dibaca setiap malam.
  4. Keutamaan lain surah al-Mulk ialah sebagaimana sabda Nabi SAW:
Dari Abu Hurairah R.A dari Nabi SAW bersabda,"Sesungguhnya ada suatu surah dalam al-Quran yang terdiri daripada 30 ayat, memberi syafaat bagi seseorang(pada hari kiamat) sampai ia diampuni (iaitu surat...Tabaarakal.....) - Hadis riwayat Abu Dawud: 1402, dihasankan oleh al-Albani dalam sahih Sunan Abi Dawud.

No comments: